fbpx

Pengguguran Mohd Khairuddin sebagai Ahli Jawatankuasa Pas hak parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUAN IBRAHIM (kiri) merasmikan projek wakaf air di Felda Sungai Retang di Jerantut hari ini.

JERANTUT – Pengguguran Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali tidak akan menimbulkan konflik dalaman kepada parti berkenaan.

Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penyokong parti di peringkat akar umbi perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Presiden Parti Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Dr. Mohd Khairuddin bukan calon yang menang dalam pemilihan Pas sebaliknya dicalonkan untuk mengisi kekosongan jawatankuasa yang dilantik dan dalam mesyuarat kedua yang dipengerusikan Presiden parti namanya digugurkan digantikan nama lain yang dipersetujui jawatankuasa.

“Oleh itu tiada isu besar yang berbangkit yang boleh menyebabkan perpecahan dalaman dalam parti,”katanya dalam sidang akhbar selepas lawatan kerja projek wakaf air di Felda Sungai Retang di sini hari ini.

Menurutnya, pengguguran bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu diputuskan pada mesyuarat Pas yang diadakan di ibu pejabat parti iti di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Katanya walaupun Mohd. Khairuddin mempunyai prestasi yang cemerlang ketiga menjawat jawatan menteri tetapi disiplin tetap menjadi prioriti utama kepada parti itu.

Jelasnya pengguguran Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus mempunyai alasan tertentu setelah mengambil kira pandangan jawatankuasa disiplin.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI