fbpx

Budak Orang Asli hilang semasa cari rotan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat bersama penduduk kampung mencari kanak-kanak Orang Asli yang dikhuatiri hilang di Kampung Selaur, Gerik.

GERIK – Operasi mencari seorang kanak-kanak Orang Asli yang dikhuatiri hilang di Kampung Selaur di sini sejak dua hari lalu disambung pagi tadi melibatkan anggota penyelamat pelbagai agensi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima maklumat berhubung kehilangan mangsa daripada polis pada pukul 12.11 tengah hari Jumaat lalu.

Menurut kenyataan itu, gerakan mencari telah dijalankan melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik.

“Berdasarkan maklumat, kanak-kanak perempuan yang berusia 10 tahun itu dikatakan hilang semasa bersama keluarganya mencari kayu rotan di hutan berdekatan.

“Ketika ini kawasan pencarian diluaskan sejauh lima kilometer,” ujar kenyataan itu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI