fbpx

23,277 usahawan termasuk terkesan banjir pohon SPIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (tiga dari kanan) menyampaikan pembiayaan SPIM kepada seorang penerima di Restoran Lauk Ayam Kampung Seksyen 3 hari ini.

SHAH ALAM – Sebanyak 23,277 permohonan usahawan diterima TEKUN Nasional bagi mendapat pembiayaan Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) termasuk berkaitan banjir setakat ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar berkata, Selangor mencatatkan 3,844 permohonan dengan 975 permohonan telah diluluskan Tekun Nasional.

Katanya, ini melibatkan dana sebanyak RM9.1 juta daripada RM187 juta yang diperuntukkan kerajaan.

“Secara keseluruhannya, bajet SPIM adalah RM200juta dengan RM187 juta bagi permohonan biasa.

“Selebihnya, sejumlah RM30 juta telah diperuntukkan untuk usahawan terkesan banjir daripada bajet SPIM ini,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan pembiayaan SPIM kepada usahawan terjejas banjir di Seksyen 3 hari ini.

Pada majlis tersebut, beliau menyempurnakan penyerahan cek pembiayaan Tekun Nasional dibawah SPIM kepada 21 usahawan sekitar bandaraya ini dan Kota Raja dengan nilai RM209,000 selain barangan keperluan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI