fbpx

Tonga dilanda tsunami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Pulau Tonga yang dilanda tsunami hari ini. -9News

NUKUALOFA, Tonga – Tsunami melanda pulau terbesar Tonga, Tongatapu dan menghamburkan ombak ke ibu kota negara kepulauan berkenaan selepas sebuah gunung berapi dasar laut  meletus dengan memuntahkan awam abu dan gas ke udara hari ini, lapor saluran berita CNN.

Imej satelit menunjukkan awan Abu besar dan gelombang gegaran tersebar daripada letusan tersebut.

Amaran tsunami telah dikeluarkan untuk kepulauan Tonga. Nasihat waspada tsunami turut dikeluarkan bagi kawasan sejauh Pulau Utara di New Zealand.

Ombak tsunami melepasi pantai seterusnya membadai ibu negara Tonga, Nuku’alofa, hari ini serta menenggelamkan jalan-jalan tepi pantai dan hartanah, demikian menurut Radio New Zealand (RNZ).

Pemerintah Tonga Raja Tupou VI dipindahkan dari Istana Diraja selepas tsunami menyebabkan banjir melanda ibu kota Tonga itu, lapor RNZ yang memetik media tempatan sebagai melaporkan bahawa konvoi askar dan polis memindahkan monarki berkenaan ke sebuah vila di   Mata Ki Eua.

Penduduk berpindah ke kawasan lebih tinggi, kata RNZ  ketika ombak membadai perkarangan istana dan jalan-jalan utama.

Abu juga jatuh dari langit di  Nuku’alofa petang tadi manakala talian telefon terputus, kata RNZ. 

Gunung berapi Hunga-Tonga-Hunga-Ha’apai meletus buat kali pertama semalam dengan menghamburkan abu setinggi 20 kilometer ke udara. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN