fbpx
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa

Mayat lelaki sangkut di ranting pokok sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR – Mayat seorang lelaki ditemui tersangkut pada ranting pokok di Sungai Kuala Selangor berdekatan Kampung Bukit Belimbing di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu disedari pemancing yang mencari udang di sekitar kawasan tersebut.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.31 pagi.

Katanya, sepasukan tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor dikerah dalam operasi mencari mangsa berusia dalam lingkungan 40-an itu.

“Pemeriksaan mendapati mayat lelaki yang belum dikenal pasti identiti tersangkut di ranting pokok tepi sungai berkenaan.

“Anggota bomba dengan bantuan polis dan bot nelayan tempatan berjaya mengeluarkan mayat itu pukul 1 petang tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Norazam, mayat mangsa diserahkan pihaknya kepada polis untuk tindakan lanjut dan telah dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat. – K! ONLINE

POPULAR