fbpx

‘Malu cikgu perempuan pakai baju ketat ke sekolah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asma’

PETALING JAYA – Selepas ibu bapa, guru merupakan insan yang paling penting dalam membentuk sahsiah diri seorang pelajar.

Bukan itu sahaja, profesion perguruan juga merupakan tugas yang amat mulia bahkan dijadikan contoh kepada generasi yang bakal membina negara pada masa hadapan.

Setiap gerak geri, pertuturan dan juga penampilan guru sudah pasti ‘dinilai’ di mata anak-anak murid.

Namun ketika ini penampilan guru-guru terutamanya guru perempuan di sekolah amat mengejutkam sehingga boleh melihat bentuk badan mereka.

Penceramah bebas, ustazah Asma’ Harun dalam satu kuliahnya di Facebook baru-baru ini menegur dan menasihati para guru supaya berpakaian sopan dan menutup aurat.

Melalui kuliah yang disampaikannya itu, dia menyatakan berasa malu dengan segelintir guru yang seolah-olah menjatuhkan maruah guru itu sendiri.

“Para guru sekalian, saya minta, bukan saya minta tetapi agama kita minta. Nabi Muhammad kita minta buat. Buat apa? Guru jadi contoh terbaik buat anak murid.

“Minta maaf kalau saya sebutkan, saya malu sangat bila pergi ceramah ke sekolah-sekolah, pakaian guru perempuan yang sebenarnya menjatuhkan maruah guru itu sendiri.

“Pakaian guru perempuan kita hari ini macam model, dengan pakai ketat, sendat. Tudung pun singkat, nampak jelas bahagian dadanya. Kalau berjalan, nampak pula bentuk pinggul punggungnya dengan bersolek sakannya,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI