fbpx
Antara peralatan yang dirampas hasil serbuan ke atas sebuah premis urut, semalam.

Kegiatan pelacuran berselindung disebalik premis urut diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI – Seramai 18 individu termasuk 12 wanita yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran dan urut tanpa lesen diberkas di sebuah pusat beli-belah di Taman Pulai Utama, dekat sini semalam.

Kesemua individu yang berusia lingkungan 30 hingga 60 tahun itu ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah daerah dalam operasi bermula pukul 5 petang.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, 12 wanita dan enam lelaki itu merupakan warga asing dari Thailand, Indonesia dan Filipina.

“Siasatan awal mendapati mereka merupakan penjaga dan pekerja di pusat urut berkenaan.

“Kita turut merampas pelbagai barangan antaranya 18 keping kondom, sembilan helai tuala, dua paket tisu basah, lima botol minyak urut dan wang tunai RM920,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, semua yang ditahan itu direman selama 14 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 65B, Seksyen 39B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. -K! ONLINE

 

POPULAR