fbpx

Jangkitan baharu Covid-19 melebihi kes sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,828 kes sembuh dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,732,771 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan harian pula mencatatkan 3,074 kes termasuk 319 kes import, dengan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 2,805,337 kes.

“Daripada jumlah kes hari ini, 30 kes (1.0 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 3,044 kes (99.0 peratus) kategori satu dan dua.

“Terdapat 10 kluster baharu dikenal pasti hari ini dengan jumlah kluster tamat sebanyak 6,029 serta 176 kluster aktif dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujar beliau, sebanyak 193 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 90 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI