fbpx

Bayi lapan bulan ditampar angkara kerap muntah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pipi bayi yang kemerah-merahan disyaki akibat ditampar pengasuh berkenaan.

KUALA LUMPUR – Seorang pengasuh wanita ditahan Rabu lalu selepas dia disyaki menampar bayi berusia lapan bulan di sebuah rumah di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, dekat sini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundingan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kamaruzaman Elias berkata, pihak polis menerima laporan daripada seorang wanita pada hari yang sama mendakwa anak bongsunya yang berusia lapan bulan ditampar pengasuh.

“Bagaimanapun pengasuh berkenaan mengaku kepada pihak polis yang dia tidak sengaja menampar pipi mangsa yang pada masa itu berada dalam buaian kerana mangsa dikatakan sering muntah.

“Wanita itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis. Pun begitu, siasatan tetap diteruskan.

“Kita sedang menunggu laporan penuh perubatan ke atas mangsa. Kes akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk nasihat dan arahan pertuduhan dengan kadar segera,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Jelas beliau, kes terbabit disiasat dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pada masa sama, beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita dari sumber yang tidak sahih dan boleh menganggu siasatan pihak polis.

Terdahulu, tular dakwaan seorang wanita di laman Facebook hari ini mendakwa anak bongsu rakannya tak sampai lima bulan ditampar hingga berbirat oleh seorang pengasuh di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI