fbpx

Banjir: Hanya tinggal 77 mangsa di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukarelawan Southern Volunteers membersihkan salah sebuah rumah mangsa di Muar yang ditenggelami banjir.

JOHOR BAHRU – Selepas lebih dua minggu Johor dilanda banjir, kini hanya tinggal daerah Segamat yang belum pulih sepenuhnya apabila seramai 77 mangsa direkodkan setakat pukul 4 petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, ia melibatkan 24 buah keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS).

Beliau berkata, jumlah itu mencatatkan penurunan berbanding 102 mangsa daripada 30 keluarga yang ditempatkan di lima PPS pada tengah malam tadi.

“Jumlah mangsa banjir di Segamat menurun kepada 77 mangsa daripada 24 keluarga di tiga PPS berbanding 90 mangsa daripada 27 keluarga di empat PPS.

“Tiga PPS yang masih dibuka ialah PPS di Balai Raya Gemereh 4, Sekolah Agama Gemereh dan Dewan Serbaguna Jalan Genuang,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, situasi banjir di Tangkak pula pulih sepenuhnya apabila PPS di Sekolah Kebangsaan Durian Chondong yang menempatkan 12 mangsa daripada tiga keluarga ditutup operasinya pada pukul 12 tengah hari tadi.

Jelas beliau, mangsa banjir yang masih berada di PPS di Segamat melibatkan penduduk di Kampung Batu Badak dan Kampung Kebangsaan Gemereh. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI