fbpx
Enjin kereta Daihatsu Mira L5 Twincam Turbo JB-JL yang berada di sebuah kereta Perodua Kancil ini boleh mencecah harga RM5,000.

Untung besar jual alat ganti kenderaan tenggelam bah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Aksesori dan bahagian-bahagian kenderaan terutamanya rim, tayar, cermin, bonet serta tempat duduk kereta boleh dijual kembali untuk dijadikan sebagai alat ganti.

Pemilik kedai alat ganti kenderaan Zam Auto, Zamhuri Mat Yusoff, 45, berkata, banyak lagi barangan sesebuah kenderaan yang rosak akibat ditenggelami banjir boleh dijual.

Katanya, ada antara kereta terkena banjir adalah jenama serta model yang rare dan sukar dicari, maka barangan atau ‘jajan’ yang dimiliki kereta itu boleh dijual pada harga yang mahal.

“Minggu lalu, saya beli Proton Putra dan Proton Wira dengan harga serendah RM2,500. Model ini memang sudah dihentikan pengeluarannya.

“Bahagian-bahagian kereta ini cukup sukar diperoleh dan har­ganya juga mahal. Kalau model ini terkena banjir sekali pun, ba­nyak lagi bahagiannya yang boleh dijual balik.

“Itu belum lagi jenama-jenama kereta dari Jepun. Kawan saya sebelum ini pernah dapat Mitsubishi Lancer CK dengan harga RM5,000, bahagian kereta itu tak perlu cerita harganya yang memang mahal,” katanya.

Zamhuri memberitahu, bukan itu sahaja, banyak juga kereta ter­kena banjir yang enjinnya masih berada dalam keadaan baik.

Cuma katanya, pemiliknya ‘malas’ untuk membaiki semula kereta mereka.

“Betul, mereka malas nak fikir untuk baik pulih kenderaan ma­sing-masing, maka mereka ambil keputusan untuk jual dengan harga yang murah sahaja.

“Walaupun ini merupakan peluang kepada kami penjual alat ganti kenderaan, tetapi saya ingin pesan agar pemilik kereta yang rare ini untuk tidak mudah tertipu dengan pihak cuba membeli kereta mereka pada harga yang cukup murah dan seperti tiada nilai,” katanya.

POPULAR