fbpx

Putera Andrew pulangkan gelaran tentera, kehormat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOMBINASI gambar menunjukkan Putera Andrew dan Giuffre. - Agensi

LONDON – Putera Andrew yang merupakan anak lelaki kedua Ratu Elizabeth II, dilucutkan kedudukannya dalam kehidupan diraja dalam langkah dramatik semalam ketika beliau berdepan saman sivil di Amerika Syarikat kerana serangan seksual.

Media Britain memetik sumber diraja sebagai berkata, Putera Andrew, 61,  tidak lagi akan menggunakan gelaran diraja His Royal Highness (HRH). Gelaran itu hanya digunakan oleh kerabat kanan diraja Britain.

Langkah perlucutan itu dibuat selepas Istana Buckingham mengumumkan bahawa beliau berundur daripada gelaran kehormat tentera dan peranan amalnya.

“Duke of York (Putera Andrew) tidak akan memikul sebarang tanggungjawab awam dan membela dirinya dalam kes ini sebagai rakyat biasa,” demikian menurut kenyataan sumber diraja berkenaan.

Perkembangan itu berlaku selepas seorang hakim New York menolak permintaan pasukan peguam Putera Andrew pada Rabu lalu untuk menggugurkan kes yang difailkan oleh Virginia Giuffre.

Giuffre, 38, menduduh Andrew melakukan serangan seksual terhadap dirinya ketika dia berusia 17 tahun. Wanita itu mendakwa bahawa dia diserahkan kepada putera berkenaan oleh Jeffrey Epstein.

Andrew yang berulang kali menafikan dakwaan itu, terpaksa berundur daripada khalayak selepas satu wawancara pada 2019 yang mana beliau mendakwa tidak mengingati bertemu Giuffre dan mempertahankan persahabatan dengan Epstein. Padofil tersebut ditemui  membunuh diri dengan menggantung dirinya di dalam penjara pada 2019. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI