fbpx
KIAN MENG (kanan) dan Pei Jing (kiri) akan menampilkan aksi terbaik untuk menamatkan badi suku akhir apabila menentang wakil China, Xuan Yi-Ya Qiong pada Terbuka Korea hari ini.

Kian Meng-Pei Jing mudah ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WALAUPUN tidak meletakkan sebarang sasaran spesifik pada kejohanan badminton Terbuka India di New Delhi, namun beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tetap berjaya melayakkan diri ke pentas separuh akhir.

Pada pusingan kedua yang berlangsung hari ini, gandingan yang menghuni kedudukan No.10 dunia itu mudah mengenepikan cabaran wakil Rusia, Konstantin Abramov-Anastasiia Akchurina dengan kemenangan 21-10, 21-14.

Kian Meng berkata, biarpun menang mudah dengan aksi hanya 31 minit, namun dia mengakui, mereka belum benar-benar diuji kerana belum bertemu dengan beregu terbaik dunia.

Selain itu, mereka juga tidak mahu meletakkan sasaran ke final kerana menganggap prestasi masih belum mencapai standard sebenar, namun sedia memberikan segala-galanya pada aksi separuh akhir esok.

“Sebenarnya kami tidak jangka lebih pada kejohanan kali ini kerana kondisi kami masih belum berada pada tahap terbaik. Selain itu, pasukan lawan hari ini juga bukanlah yang terbaik.

“Bagaimanapun, kami akan berjuang habis-habisan pada aksi separuh akhir esok bagi memastikan tempat ke perlawanan akhir. Apa yang penting, kami hanya fokus pada permainan sendiri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sebagai rekod, Kian Meng-Pei Jing menampilkan aksi kurang konsisten pada saingan musim lalu dengan pencapaian terbaik menyaksikan mereka muncul naib juara dalam kejohanan Terbuka Belanda.

Mengiringi Kian Meng-Pei Jing ke separuh akhir esok adalah beregu campuran kebangsaan, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei yang menewaskan wakil tuan rumah, V.G. Prasad-Juhi Dewangan 21-10, 21-13. – K! ONLINE

POPULAR

BERITA BERKAITAN