fbpx

Gangguan bunyi misteri hilang selepas bela kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bunyi-bunyian misteri akhirnya hilang selepas wanita itu membela seekor kucing. – Pexels

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mendedahkan bahawa bunyi misteri pada  bumbung rumah yang sering mengganggu tidurnya akhirnya hilang selepas dia membela seekor kucing, lapor laman berita Berita Hits semalam.

Berdasarkan perkongsian di Twitter, wanita itu berkata, sebelum ini, dia sering mendengar bunyi seperti sesuatu sedang mencakar bahagian bumbung rumahnya antara pukul 2 hingga 3 pagi. 

“Dahulu, sebelum membela kucing, saya sering mendengar bunyi cakaran dari bumbung rumah. Saya menyangkakan ia disebabkan oleh musang atau tikus.

“Bagaimanapun, selepas beberapa kali meletakkan racun tikus, bunyi tersebut tetap tidak hilang,” kata wanita itu.

Tambahnya, setiap kali dia mengejutkan suaminya, bunyi tersebut hilang serta-merta, sekali gus meyakinkan mereka bahawa ia berkemungkinan adalah gangguan makhluk halus.

Menurutnya, bunyi tersebut bagaimanapun hilang selepas dia membela seekor kucing yang ditemui di pasar.

“Saya membela kucing yang saya temui di pasar kerana saya memang menyukai kucing.

“Apa yang aneh adalah bunyi-bunyian misteri itu akhirnya hilang  sejak kucing itu berada di rumah,” ujarnya yang tidak dapat memastikan sama ada kejadian tersebut hanya kebetulan atau sebaliknya.

Ciapan wanita itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pendapat masing-masing mengenai kejadian tersebut.

“Haiwan peliharaan memang dianggap sebagai penolak bala. Kalau ada yang berniat jahat, kucing kita akan tiba-tiba jatuh sakit kerana mereka yang akan terkena niat jahat itu dahulu,” kata seorang pengguna.

“Saya sering menonton filem seram pada waktu malam bersama kucing di sisi kerana berasa lebih selamat,” kata seorang lagi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI