fbpx
NOH meninjau operasi sebuah syarikat memproses perut lembu import di Parit 1, Tanjong Karang, petang tadi.

‘Duit kerajaan, bukan duit bank’- Noh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR – Bank Rakyat dan SME Bank diminta memudahkan permohonan pembiayaan pinjaman kepada usahawan luar bandar.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar,kementeriannya semalam menyediakan peruntukkan skim pembiayaan berjumlah RM62 juta yang diuruskan kedua-dua bank tersebut.

Katanya, dari segi pecahannya sejumlah pembiayaan RM40 juta bagi Bank Rakyat dan RM22 juta (SME Bank).

“Pinjaman itu dibuka khas kepada semua usahawan luar bandar termasuk mereka yang disenarai hitam oleh CTOS dan Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS).

“Ini duit kerajaan bukan duit bank. Justeru, saya minta kedua-dua buah bank itu
mempermudahkan urusan permohonan pembiayaan sehingga RM50,000 itu tanpa sebarang cagaran atau syarat tambahan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata demikian selepas meninjau operasi sebuah syarikat memproses perut lembu import di Parit 1 di sini, petang tadi.

Jelas Noh, pihaknya memahami masalah dihadapi usahawan luar bandar terutama  yang terjejas banjir dan Covid-19 ketika ini.

Tambah beliau pemohon yang berdepan kesulitan untuk membuat pinjaman itu boleh membuat aduan kepada MEDAC untuk tindakan lanjut.

“Namun, mereka masih perlu memenuhi syarat sedia ada yang ditetapkan oleh Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Malaysia (Tekun Nasional).

“Sebagai contoh, kita mengutamakan usahawan muda dan mereka yang benar-benar serius mahu menjalankan perniagaan,” ujarnya. -K! ONLINE.

POPULAR