fbpx

Siling auditorium runtuh, ratusan penjawat awam cemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan siling di auditorium tingkat 11 Wisma Dang Bandang yang runtuh dalam kejadian petang tadi. - FOTO: IHSAN BOMBA

KOTA KINABALU – Ratusan kakitangan pelbagai agensi kerajaan melalui detik cemas selepas berlaku runtuhan pada siling auditorium tingkat 11 di Wisma Dang Bandang petang tadi.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu.

Runtuhan yang mengakibatkan gegaran itu menyebabkan semua pekerja di bangunan berkenaan keluar untuk berkumpul di tempat yang selamat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada pukul 3.32 petang.

“Semua orang awam diarahkan untuk terus berada di tempat selamat dalam pekarangan bangunan berkenaan sementara pemantauan dijalankan.

“Pasukan bomba membuat pemeriksaan di sekitar kawasan kejadian dan mengarahkan pihak pengurusan bangunan untuk tidak memasuki kawasan yang terjejas sehingga mendapatkan pengesahan keselamatan struktur bangunan daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Selepas memastikan tiada situasi berbahaya, operasi ditamatkan pada pukul 4.18 petang,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI