fbpx

Shoraka, Yayasan Hijrah jalin kerjasama strategik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkeflee (dua dari kiri) dan Mohamad Suparadi (dua dari kanan) menunjukkan dokumen perjanjian antara SGR dengan Yayasan Hijrah baru-baru ini.

PETALING JAYA – Shoraka Digital Ventures (SDV) melalui salah satu syarikat permulaan penyelesaian fintechnya, Shoraka Global Resources Sdn. Bhd. (SGR), telah menandatangani kerjasama strategik dengan Yayasan Hijrah Selangor (Yayasan Hijrah).

Kerjasama tersebut bertujuan  untuk memudahkan penghijrahan tawaran kewangan konvensional kepada konsep patuh syariah.

Ia juga akan membolehkan penerima kredit mikro yang kebanyakannya daripada golongan B40 yang tidak mudah mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan Islam.

 Pengarah Urusan SDV, Johar Amat berkata, usaha sama ini  merupakan satu kejayaan penting bagi Kumpulan kerana ia selaras dengan aspirasi kumpulan untuk memudahkan pengembangan penawaran kewangan Islam kepada semua segmen masyarakat, termasuk yang kurang berkemampuan.

“Dengan kerjasama ini, kami ingin menjadi fasilitator kepada Yayasan Hijrah Selangor untuk menyediakan produk dan penyelesaian patuh syariah kepada penerima mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis menandatangani perjanjian antara dua syarikat berkenaan baru-baru ini.

Turut hadir  Ketua Pegawai Eksekutif SGR, Zulkeflee Mohammad Nor dan Pengarah Eksekutif Yayasan Hijrah, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md. Noor.

Shoraka Group, syarikat induk SDV, ditubuhkan pada 2006 diperbadankan di Dubai dan kemudiannya diperbadankan di Malaysia pada 2007 untuk beroperasi secara eksklusif di Asia Tenggara sebagai syarikat penasihat kewangan sebelum berkembang ke sektor teknologi digital. 

SDV menyediakan penyelesaian digital, perkhidmatan teknologi, ekuiti persendirian serta nasihat perniagaan dan syariah.

Salah satu penyelesaian digitalnya adalah platform yang dikendalikan oleh SGR yang dikenali sebagai Shoraka Al-Amin, platform perdagangan komoditi untuk memudahkan transaksi Tawaruq dengan tujuan menawarkan produk pembiayaan Islam.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI