fbpx

Muka Naim Daniel bengkak jatuh papan selaju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Naim bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan teruk atau patah pada anggota badan lain.

PETALING JAYA – Pelakon dan juga penyanyi Naim Daniel mengalami kecederaan ringan pada muka dan tangan selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti bermain papan selaju di salah sebuah tapak permainan tersebut di Shah Alam, Selangor, malam tadi.

Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 25, ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, dia terjatuh dan mukannya tersembam pada lantai selepas gagal menyeimbangkan badan ketika sedang meluncur atas papan selaju.

“Tersalah langkah. Saya gagal seimbangkan badan dan muka saya tersembam pada lantai gelanggang permainan papan selaju.

“Lagi pun tempat bermain di situ agak gelap sebab banyak lampu yang rosak. Bahaya sebenarnya. Tapi sebab sudah beberapa kali bermain di sana, jadi saya dah biasa. Cuma malam tadi nasib kurang bernasib baik,” katanya.

Ujar pelantun lagu Purnama itu lagi, selepas terjatuh dan mengalami kecederaan, dia telah dibawa rakan-rakannya termasuk penyanyi Ismail Izzani ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan.

“Tak ada apa yang serius sangat. Cuma tangan terseliuh dan luka pada kening serta dagu hingga menyebabkan mata sedikit bengkak.

“Alhamdulillah doktor maklumkan tidak ada anggota yang patah. Doktor ada bagi ubat tahan sakit dan surut bengkak sahaja,” katanya.

Disoal tentang jadual penggambaran yang mungkin terpaksa ditangguhkan, Naim berkata buat masa ini dia tidak terikat dengan mana-mana jadual kerja dalam masa terdekat dan hanya akan kembali menjalani pemnggambaran sekitar dua minggu lagi.

“Nasib baik penggambaran lagi dua minggu. Jadi saya ada masa untuk berehat dan sembuh sepenuhnya,” katanya.

Jelas Naim, sukan papan selaju dan kecederaan adalah perkara biasa yang akan dihadapi oleh peminat aktiviti lasak tersebut.

Malah, kecederaan yang dialaminya itu tidak akan melunturkan minatnya untuk terus bermain papan selaju.

“Aktiviti papan selaju memang ada cabaran dan risiko yang perlu ditempuh. Apa yang penting adalah utamakan keselamatan diri ketika bermain,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI