fbpx
Gambar hiasan

Makin kurang adab kerana media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tertarik membaca satu posting seseorang di Facebook baru-baru ini mengenai seorang pelajar sebuah universiti agak ‘kurang adab’ di media sosial.

Pelajar ini memberi personal message memohon penempatan latihan industri di sebuah syarikat dengan tiada ayat beralas dalam erti kata tiada adab.

Si penerima pesanan itu agak terkejut dengan si pemohon yang seolah-olah tiada attitude walaupun memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif 3.50 di universiti.

Perkara yang dikongsi oleh si penerima di Facebooknya memang realiti orang zaman sekarang, penulis juga pernah banyak kali menerima personal message daripada pelajar universiti yang ingin artikel mereka disiarkan dalam akhbar ini yang berlagak seperti memberi mesej kepada ‘kawan baik’.

Penulis dahulu diajar oleh keluarga dan guru-guru supaya bercakap dengan orang dengan adab.

Perkara itu turut dipraktikkan dalam penulisan e-mel memohon sesuatu atau apa jua perbualan sekali pun.

Tambahan juga jika ingin memohon sesuatu pertolongan atau atau memohon sesuatu, ayat yang ingin digunakan mestilah dengan cukup beralas dan berbunga serta penuh adab.

Orang membaca pun rasa sejuk hati. Bukannya dengan menggunakan ayat seperti bercakap dengan kawan sendiri tambahan pula dalam hal sebesar memohon penempatan latihan industri di sebuah syarikat.

Salah siapa sebenarnya perkara ini, penulis ada berbual dengan seorang pensyarah fakulti media di sebuah universiti di negara ini yang bersetuju dengan pelajar sekarang agak kurang adab.

Kurang adab ketika e-mel tugasan kepada pensyarah, tiada tajuk, tiada kata-kata alu-aluan, kesimpulannya seolah-olah pensyarah itu kawan baik sendiri.

Pengaruh media sosial mungkin penyebab semua itu berlaku, akses kita kepada seseorang individu itu hanya dihujung jari menyebabkan kita menjadi kurang adab.

Masakan tidak sampai tidak, sampaikan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sendiri pernah menerima komen tidak beradab di media sosial baginda sebelum ini.

Tidak terfikir dek akal macam mana orang boleh tergamak menulis dan meninggalkan komen begitu kepada orang yang kita tidak tidak rapat, malah itu adalah pembesar negara.

Tiba-tiba teringat kepada seorang jurufoto muda sebuah portal yang baru dapat kerja menulis bebenang di Twitter yang meroyan apabila hasil bidikan kameranya digunakan oleh Kosmo! Online.

Walhal gambarnya itu diberikan kredit besar-besar, Kosmo! Online bukan mencuri hasil kerjanya, malah mengiktiraf dengan memberi kredit tetapi lain pula yang jadi.

Dunia sudah terbalik, kata seorang jurufoto lebih 20 tahun pengalaman kepada penulis, zamannya dahulu kalau media arus perdana guna gambarnya dia akan berbangga kerana diiktiraf.

Kosmo! Online setiap hari berpuluh berita diceduk bulat-bulat oleh portal nyamuk tanpa diberikan kredit, itulah barulah namanya mencuri content orang.

POPULAR