fbpx
Tangkap layar menyaksikan seorang pemuda makan dengan sopan.

Makan tak makan sama banyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kaum wanita atau lebih tepat lagi golongan ibu-ibu semestinya menginginkan anak-anak mereka untuk menjaga adab ketika bertemu orang lain.

Antaranya adalah adab ketika makan, semestinya duduk berdepan dan makan secara sopan tanpa memulakan dengan gelojoh.

Ada juga kebanyakan ‘orang tua’ berpesan agar tidak selang seli meminum air ketika menjamu selera kerana dikatakan tidak senonoh.

Namun lain jadinya apabila menyaksikan satu klip video yang sedang tular di media sosial ketika ini apabila seorang pemuda terlampau beradab ketika makan.

Klip video berdurasi 15 saat itu ternyata terlalu menyakitkan hati apabila menyaksikan gaya atau perli yang dilakukan oleh pemuda tersebut yang terlalu beradap ketika makan biskut.

Rata-rata orang ramai tidak kering gusi melihat aksi pemuda itu yang memerli kebanyakan orang terutamanya golongan wanita yang terlalu ‘control’ ketika menjamu selera.

“Menyampah pula tengok gaya dia makan, tapi betul, ramai yang makan dengan cara macam ni. Nak makan dengan tak nak makan sama banyak.

“Nak control masuk mulut pun susah, makan sikit lap sikit. Bila nak habis makanan tu,” jelas Mysarah Tukimin.

“Memang ada orang macam, kadang tu rasa nak sepak je. Ada juga yang bercakap terlalu perlahan kadang kita tak tahu dia cakap apa, dia gelak kita pun gelak.

“Tapi biasanya golongan macam ni dekat rumah sendiri dia makan mengalahkan orang yang tak makan sebulan,” jelas Yuji Kataro. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI