fbpx
Perkongsian di Facebook PPIM hari ini.

Jiran boleh didenda RM1,000 biar kucing ‘berak’ merata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pemilik kucing tidak bertanggungjawab sehingga mengganggu jiran termasuk membiarkan haiwan peliharaan berak di kawasan rumah pasti mewujudkan perasaan yang kurang senang.

Sebelum ini, ustaz selebriti, Azhar Idrus melalui soal jawab dalam ceramahnya menjelaskan kucing jiran yang membuang najis di merata-rata tempat dibolehkan untuk dibuang di tempat yang sepatutnya.

Terkini, melalui satu perkongsian di Facebook Persatuan Penggunan Islam Malaysia (PPIM), tuan punya haiwan terlibat boleh didenda sebanyak RM1,000 sekiranya berbuat demikian.

Jelas perkongsian itu, kucing membuang najis merata-rata tempat itu boleh dianggap sebagai satu ‘kacau ganggu’.

“Dalam Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 80 menyebut sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) mendapati ada gangguan di kawasan awam atau kawasan persendirian, PBT boleh menghapuskan, menghentikan kacau ganggu ini dengan menghantar notis, mengambil tindakan undang-undang serta ganti rugi.

“Dalam Seksyen 81 pula menyebut apa-apa binatang yang disimpan di sesuatu tempat atau dengan sesuatu cara atau dengan sebegitu besar bilangannya sehingga menjadi satu kacau ganggu,” jelasnya.

Oleh itu, seseorang itu berhak untuk melaporkan kepada PBT jika merasakan haiwan yang dibela jirannya telah mengganggu kententeraman.

Hukuman denda yang dikenakan boleh mencecah sehingga RM1,000. – K! ONLINE

POPULAR