fbpx
Pengarah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Kementerian Kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmizi. - Kementerian Kesihatan Indonesia

Gelombang ketiga Covid-19 Indonesia bakal catat 60,000 kes sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Pengarah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Kementerian Kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmizi, meramalkan gelombang ketiga Covid-19 akibat penularan Omicron akan berlaku pada awal Februari ini, lapor laman berita Kompas, semalam.

Beliau menganggarkan kes Covid-19 di Indonesia akan meningkat sekitar 40,000 hingga 60,000 menjelang bulan hadapan.

“Pakar kesihatan meramalkan lonjakan kes sehingga 60,000 pada awal Februari berdasarkan kes yang semakin bertambah akibat varian Omicron,” katanya.

Namun begitu, Nadia meminta agar masyarakat tidak panik kerana kementerian kesihatan telah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan gelombang ketiga.

Dalam masa sama, beliau turut menegaskan bahawa pengambilan vaksin masih sangat relevan untuk mengekang wabak ini terutama selepas Presiden Joko Widodo mengumumkan suntikan dos penggalak percuma kepada semua rakyat.

“Jika yang sudah lengkap vaksinasi juga masih boleh dijangkiti apa lagi mereka yang belum menerima walau satu dos vaksin.

“Vaksin membantu agar gejala tidak serius dan terbukti menurunkan angka kematian serta kemasukan ke Unit Rawatan Rapi,” tegasnya. – Agensi

POPULAR