fbpx

DPP kanan SPRM buat laporan polis terhadap pegawai Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang timbalan pendakwa raya (DPP) kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis berhubung tohmahan bahawa beliau mengugut seorang pegawai Imigresen agar mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen.

Beliau yang bertugas di Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini.

Laporan itu antara lain menyatakan, beliau telah membaca satu artikel dalam ruangan Twitter Edisi Khas (yang dahulunya dikenali sebagai Edisi Siasat) yang menyertakan laporan polis yang dibuat oleh pegawai Imigresen itu terhadapnya.

Timbalan pendakwa raya itu membaca kandungan Twitter tersebut ketika berada di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira pukul 6 petang semalam.

Dalam laporan polis tersebut, timbalan pendakwa raya berkenaan menafikan tohmahan pegawai Imigresen itu kerana ketika kejadian yang didakwa berlaku di Mahkamah Sesyen, dua pegawai SPRM turut berada bersama beliau (timbalan pendakwa raya).

Difahamkan, pegawai Imigresen tersebut ketika itu didakwa atas pertuduhan menerima wang untuk melepaskan warganegara China yang tidak mempunyai dokumen yang sah di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Dalam laporan tersebut, timbalan pendakwa raya itu membuat aduan bahawa pegawai Imigresen berkenaan telah bersubahat dan berkomplot dengan Edisi Khas untuk memalukannya dan pihak SPRM.

Beliau turut mahukan polis menyiasat bagaimana laporan itu boleh terlepas kepada pihak Edisi Khas/Edisi Siasat.

Dua hari lalu, polis mengesahkan telah menerima laporan daripada seorang pegawai Imigresen yang mendakwa diugut oleh pegawai SPRM berkaitan kes yang dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan.

Pengesahan itu dibuat Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz yang memberitahu, kes berkenaan telah dirujuk ke Jabatan Integriti SPRM untuk tindakan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI