fbpx

Banjir: Empat kes penyakit berjangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak empat kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir hari ini, dengan jumlah kumulatif sebanyak 2,459 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada empat kes tersebut, sebanyak dua kes jangkitan saluran pernafasan akut dan dua kes penyakit kulit dikenal pasti hari ini.

“Dalam masa sama, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir kekal 470 kes susulan tiada kes baharu hari ini serta tiada kes baharu dicatatkan di pusat pemndahan sementara (PPS) dan jumlah itu kekal 15 kes.

“Selain itu, tiada pertambahan kluster baharu di PPS sekali gus kekal dengan satu kluster,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, sebanyak 19 PPS masih beroperasi di Johor (17), Melaka (1) dan Sarawak (1) dengan angka keseluruhan mangsa terjejas banjir seramai 695 orang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI