fbpx
APMM menahan lapan warga Indonesia yang cuba menyeludup rokok dan tembakau di perairan Langkawi awal pagi semalam.

APMM gagalkan cubaan seludup rokok, tembakau RM14.8 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – Maritim Malaysia (APMM) berjaya menggagalkan cubaan lapan warga Indonesia menyeludup 97,500 karton atau 19.5 juta batang rokok dianggarkan bernilai RM14 juta dari Thailand ke negara ini dengan menggunakan bot barter trade di perairan ini semalam.

Dalam Operasi Khas Aman itu, anggota APMM turut merampas 39 guni berisi tembakau bernilai kira-kira RM780,000 yang ditemui di dalam bot sama.

Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zawawi Abdullah berkata, bot barter trade dengan tanda nama KM Bintang Jaya tersebut ditahan pada jarak 2.7 batu nautika barat Tanjung Belua di sini pada pukul 4 pagi.

Katanya, serbuan dilakukan berikutan penerimaan maklumat mengenai pergerakan bot tersebut di kawasan perairan negara.

“Sebuah bot ronda APMM kemudian diatur gerak ke lokasi dan kita berjaya mengesan sebuah bot barter trade disyaki suspek lalu memintas mereka untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot yang disyaki dari Thailand itu menemui kira-kira 1,950 kotak bungkusan mengandungi 19.5 juta batang rokok seludup pelbagai jenis serta 39 guni berisi tembakau dengan setiap guni dianggarkan seberat 50 kilogram,” katanya. – K! ONLINE

POPULAR