fbpx

Al Ansar sasar jualan RM25 juta tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Khanafi (dua dari kiri) menunjukkan tanda bagus selepas melancarkan promosi banglo IBS untuk tahun 2020 di Cyberjaya baru-baru ini.

CYBERJAYA – Pemaju perumahan berkonsepkan Inovasi Sistem Binaan Berindustri (IBS), Al Ansar IBS PLT menyasarkan perolehan jualan mencecah sehingga RM25 juta pada tahun ini.

Syarikat yang berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang tersebut berkata, unjuran tersebut dibuat berasaskan kepada permintaan daripada pelanggan yang terus meningkat meskipun ekonomi negara baru pulih daripada pandemik Covid-19.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin berkata, permintaan daripada pelanggan di Lembah Klang me­rangkumi 40 peratus berbanding negeri-negeri lain.

“Pada tahun lalu, syarikat berjaya menyiapkan 12 unit rumah dengan nilai jualan RM10 juta.

“Baki 38 unit lagi dengan anggaran keseluruhan RM6.9 juta sedang dalam proses pembinaan yang dijangka siap dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Banglo IBS Mesti Bina 2022 di sini semalam.
Muhamad Khanafi menjelaskan, promosi banglo pada awal tahun ini sedang berlangsung sehingga 25 Mac depan.

Tambah beliau, terdapat lima rekaan terbaharu diperkenalkan pada harga terendah selepas diskaun iaitu antara RM135,000 sehingga RM295,000 sebuah.

“Koleksi jenis banglo tersebut adalah Mawar, Jasmine, Zulaikha, Sakura dan Elyna,” katanya.

Selain itu menurut beliau, pasaran sudah sedia maklum tentang jenama Al Ansar yang mempunyai rekod menyiapkan banglo IBS kurang daripada enam bulan, malah pelanggan mempunyai peluang berkunjung ke tapak pembinaan untuk melihat sendiri progress pembinaan rumah masing-masing.

Muhamad Khanafi menjelaskan, pe­langgan yang bakal menamatkan perkhidmatannya atau bersara lebih suka memilih kediaman berkonsepkan IBS.

“Mereka mempunyai simpanan tunai yang mencukupi, malah mampu membinanya di atas tanah sendiri.

“Menariknya ada juga pesara membina kediaman yayng kedua atau ketiga sebagai lokasi khas untuk berkumpul dengan anak-anak dan ahli keluarga,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI