fbpx

Wanita tukar rumah jadi mural jubin gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA kenderaan milik Carrie Reichardt turut dilengkapi jubin dan dipamerkan di muzium. - William Lailey/ Caters News

LONDON – Seorang artis seni wanita menghabiskan selama lebih 20 tahun untuk mengubah rumahnya menjadi sebuah mural jubin gergasi, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Carrie Reichardt, 55, dari Chiswick, London Barat meluangkan lebih dua dekad untuk mencipta sebuah mural seni berwarna-warni selepas jatuh cinta pada seni jubin ketika menyiapkan lamannya pada 1997.

Sejak itu, Reichardt membelanjakan sekitar £1.6 juta (RM9.1 juta) untuk menutup seluruh rumahnya dengan pelbagai jenis mozek berwarna-warni.

Wanita itu menganggap mural itu seperti ‘tatu autobiografi’ kerana menggambarkan peristiwa yang berlaku sepanjang hidupnya.

“Penghasilan mural ini adalah satu proses terapeutik dan baik untuk kesihatan mental saya. 

“Pada tahun 2000, saya memutuskan untuk mula memasang mozek di luar rumah kerana saya membuat kelas mengajar mengenai mozek dalam komuniti,’’ jelasnya.

Kesemua jubin yang digunakannya telah diselamatkan daripada dikitar semula atau diberikan oleh peniaga yang ingin membuangnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI