JAKARTA – Seorang wanita mendapat perhatian netizen di media sosial apabila terjatuh bersama motosikal ditungganginya ke dalam sebuah sawah dipenuhi lumpur hitam, lapor laman berita Suara.com semalam.
Video kejadian dimuat naik ke akaun Instagram bernama @jakarta_zone.
Kelihatan beberapa penduduk kampung sedang membantu wanita berkenaan untuk mendirikan motosikalnya.
Wanita yang dilihat bermandikan lumpur hitam di seluruh badannya itu cuba memanjat tebing sawah yang tinggi.
Kejadian itu bukan sahaja mengundang tawa perakam video, malah menarik perhatian netizen di ruangan komen.
“Nak gelak tapi takut dosa,” tulis seorang netizen.
“Sumpah kelakar sangat, penat saya ketawa,” tulis netizen lain. – Agensi














