fbpx

Tukang rumah didakwa rasuah polis RM1,290

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chee Ming dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan memberi rasuah kepada polis, Mei tahun lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini hari ini memberi rasuah sebanyak RM1,290 kepada seorang anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai, Mei tahun lalu.

Tertuduh, Wong Chee Ming, 32, membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Bagaimanapun, Ahmad Kamal Arifin menangguhkan penghakimannya dan meminta tertuduh, Wong Chee Ming, 32, melantik peguam bagi mengesahkan pengakuan salahnya.

Mengikut fakta kes, lelaki itu secara rasuah memberi satu suapan wang tunai RM1,290 tiga anggota polis lans Koperal berusia 31 tahun sebagai dorongan untuk melepaskannya serta rakannya daripada menjalani ujian saringan awal air kencing.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada pukul 3.15 petang di simpang tiga Jalan Air Bemban, Taman Air Bemban, Kulai, pada 17 Mei tahun lalu.

Bagi perbuatan itu, lelaki itu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama.

Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika disabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Yunus Mohamed manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Hakim menetapkan kes disebut semula pada 14 Februari depan.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI