fbpx

Remaja hilang lebih 30 jam ditemui selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Iznun Al Azim (kiri) ditemui selamat kira-kira dua kilometer dari kawasan rumahnya di Kampung Pasir Linggi hari ini.

GUA MUSANG – Seorang remaja lelaki yang dipercayai ‘ghaib’ selepas membuang air kecil dalam semak berhampiran rumahnya di Kampung Pasir Linggi ditemui selamat petang tadi selepas lebih 30 jam hilang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, Muhammad Iznun Al Azim Mahadi, 13, ditemui pada pukul 5.30 petang dalam keadaan lemah kira-kira dua kilometer dari rumahnya.

Katanya, penduduk kampung menemui mangsa berhampiran sebuah jambatan di kampung itu selepas usaha mencari dilakukan pagi tadi.

“Mangsa ditemui lengkap memakai baju kemeja-t lengan pendek berwarna merah berlogo Mickey Mouse dan berseluar pendek warna hitam.

“Mangsa sudah diserahkan kepada ahli keluarga. Selain itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terus ditamatkan,” katanya.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang remaja lelaki tingkatan satu dilaporkan hilang selepas membuang air kecil di sebalik kawasan semak berhampiran rumahnya di Kampung Pasir Linggi di sini kelmarin.

Choon Foo berkata, mangsa, merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laloh, Kuala Krai dipercayai keluar dari rumah kira-kira pukul 9 malam sebelum ibunya menyedari remaja itu tidak pulang kira-kira pukul 3 pagi semalam.

Katanya, sebelum itu mangsa dikatakan melepak bersama dua rakan baiknya di hadapan rumah sambil bermain telefon bimbit. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI