fbpx

Pemegang pasport Jepun, Singapura paling berkuasa 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemegang pasport Jepun boleh memasuki 192 buah negara tanpa visa. – Shutterstock

MONTREAL, KANADA – Satu data ranking global bagi tahun 2022 mendedahkkan bahawa pemegang pasport Jepun dan Singapura adalah yang paling berkuasa kerana boleh memasuki 192 buah negara tanpa memerlukan visa, lapor portal berita MailOnline semalam.

Selain itu, Jerman dan Korea Selatan berkongsi tempat kedua dengan pemegang pasport dari kedua-dua negara itu mempunyai akses untuk memasuki 190 buah negara tanpa visa.

Dalam masa sama, Finland, Itali, Luxembourg dan Sepanyol pula berkongsi kedudukan ketiga dengan skor sebanyak 189.

Kedudukan tersebut dikeluarkan oleh Henley Passport Index berdasarkan data eksklusif daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Ia dikira berdasarkan bagaimana pemegang pasport sesebuah negara boleh memasuki negara-negara lain tanpa menggunakan visa.

“Perbezaan ketara bagi pergerakan global antara negara-negara kaya dengan miskin menjadi penekanan utama pada tahun lepas ekoran kewujudan varian Omicron yang menyebabkan langkah-langkah sekatan ke atas negara-negara di Afrika dilaksanakan,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan.

Sementara itu, data yang sama turut mendapati bahawa Malaysia berada pada kedudukan ke-12 dengan pemegang pasport negara ini mempunyai akses tanpa visa ke 179 buah negara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.

BERITA BERKAITAN