fbpx
MBSB. Gambar hiasan

MBSB Bank tawar bantuan bayaran balik kepada pelanggan terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – MBSB Bank menawarkan bantuan bayaran balik kepada pelanggannya yang terjejas akibat banjir.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Datuk Nor Azam M. Taib berkata, bantuan itu membolehkan pelanggan menjadualkan semula atau membiayai semula pinjaman peribadi serta pinjaman rumah selepas terpaksa menangani kesusahan akibat bencana tersebut.

“Kami faham, sebahagian daripada pelanggan terkesan dengan masalah kewangan akibat bencana banjir baru-baru ini.

“Kami ingin mereka tahu, pihak kami sedia membantu untuk meringankan beban kewangan mereka. Mereka boleh memohon untuk penangguhan pembayaran balik pembiayaan, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan daripada tempoh pembayaran balik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, mana-mana pelanggan yang memerlukan bantuan bayaran balik boleh menghantar emel kepada MBSB, di [email protected]

Selain itu, pihak MBSB juga akan terus memberikan pengecualian caj RM1 kepada semua pelanggannya untuk mengeluarkan duit di mesin pengeluaran wang (ATM) antara bank di bank tempatan sehingga 31 Disember ini.

“Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami bahawa mereka boleh terus membuat pengeluaran tunai di ATM bank tempatan seberapa kerap yang diperlukan tanpa perlu risau tentang bayaran caj dikenakan,” ujarnya.

Dalam pada itu, pihak MBSB Bank turut mengedarkan 1,500 bahan makanan asas ke kawasan banjir di Selangor serta menghantar 100 pekerja bagi memberi bantuan tenaga kerja pembersihan rumah.

“Pihak bank telah menyediakan 600 pek makanan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor manakala sebanyak 1,000 pek makanan asas dan kit kebersihan diagihkan kepada mangsa banjir di Pahang dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma),” katanya. – K! ONLINE

POPULAR

BERITA BERKAITAN