fbpx

Isu MyUbat ekoran kekeliruan pelanggan, pegawai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Isu tular melibatkan perkhidmatan farmasi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini hanya merupakan satu kekeliruan yang timbul di antara pihak pengadu dan pegawai bertugas.

Pengarah HKL, Dr. Rohana Johan berkata, kekeliruan itu timbul apabila perkhidmatan MyUbat tidak dapat dilaksanakan berikutan masalah bekalan stok yang terhad.

“Bagi melaksanakan aplikasi MyUbat dan penghantaran melalui pos, ia memerlukan pembungkusan dua minggu lebih awal dari tarikh pesakit menerima ubat tersebut.

“Bagaimanapun, perkhidmatan itu akan dilaksanakan seperti biasa selepas stok bekalan ubat kembali normal,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, HKL turut mengenal pasti pegawai terlibat dengan isu itu selain mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan insiden berkenaan tidak berulang.

“Pihak HKL akan mengambil tindakan untuk penambahbaikan perkhidmatan di semua kaunter perkhidmatan yang disediakan,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI