fbpx

Senarai negara VTL akan diperluas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin bercakap pada sidang akhbar di Wisma Pertahanan di sini hari ini. /FOTO SYAWAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Wisma Putra dan Kementerian Pengangkutan akan memperluaskan senarai negara-negara dalam Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) termasuk Indonesia dan Thailand.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein berkata, beberapa inisiatif telah dimulakan dengan negara-negara terlibat termasuk mengadakan perbincangan.

“Bagaimanapun, keputusan membuka sempadan tidak hanya bergantung kepada situasi pandemik di negara kita semata-mata, sebaliknya ia bergantung kepada hubungan kita dengan negara destinasi.

“Ini kerana ia merupakan cara terbaik buat masa ini iaitu menggunakan VTL. Setakat ini kita dah mula berbincang dengan Indonesia dan Thailand,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat ke-11 Menteri Kuartet Covid-19, di Wisma Putra hari ini.

Jelasnya lagi, Malaysia tetap akan menggunakan pendekatan membuka pintu sempadan secara berperingkat bagi mengelak peningkatan kes Covid-19. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI