fbpx
Gambar hiasan

Ramalan cuaca buruk di Sarawak sehingga 18 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 18 Januari melibatkan negeri Sarawak.

Menurut MetMalaysia melalui Facebook rasminya hari ini, penumpuan angin yang berlaku di negeri itu dijangka berterusan sehingga 15 Januari 2022.

“Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di tengah dan barat Sarawak.

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, MetMalaysia turut memaklumkan ketika ini, hujan lebat serta ribut petir sedang melanda kawasan Kapit (Bukit Mabong dan Belaga) di Sarawak.

“Selain itu, keadaan yang sama turut melibatkan kawasan pendalaman Beaufort, Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Ranau), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) di Sabah.

“Cuaca buruk ini dijangka berterusan sehingga lewat petang nanti,” ujarnya. – K! ONLINE

POPULAR

BERITA BERKAITAN