fbpx

Pengurus GLC, 2 anak ditahan kes salah guna kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas pengurus GLC direman bersama dua anaknya bagi membantu siasatan salah guna kuasa berhubung pemberian projek RM50,000.

JOHOR BAHRU – Seorang bekas pengurus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bersama dua anak lelakinya direman tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa melibatkan pemberian projek bernilai lebih RM50,000 kepada dua anaknya.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohd. Zulhilmi Ibrahim susulan permohonan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek lelaki itu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru, di sini kira-kira pukul 8.25 pagi diiringi kakitangan SPRM.

Ketiga-tiga suspek anak beranak tersebut diwakili peguam Syahrul Syazwan Salehin.

Bekas pengurus syarikat GLC yang tamat tempoh reman sejak 6 Januari lalu berkaitan kes rasuah bernilai kira-kira RM500,000 bagi dapatkan kerja kontrak perladangan, ditahan semula SPRM.

Warga emas berusia 61 tahun itu disyaki telah menerima rasuah daripada pengurus syarikat terbabit sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja kontrak perladangan di daerah tersebut pada 2019 hingga 2020.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI