fbpx

‘Nasib baik masih boleh baca tulisan jawi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar papan tanda tulisan jawi di kedai makan Medan Selera Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

PETALING JAYA – Sebuah kedai makan di medan selera yang menggunakan tulisan jawi pada papan tanda premis itu berjaya menarik perhatian orang ramai selepas mereka mengetahui maksud tulisan berkenaan.

Nama unik kedai makan yang terletak di Bandar Baru Uda (BBU), Johor Bahru itu ialah ‘Sedap Alhamdulillah, Tak Sedap Sabar Jelah.

Berdasarkan perkongsian gambar di laman sosial Twitter oleh @aimshah0509, dia mulanya beranggapan tulisan pada papan tanda itu adalah ayat al-Quran.

“Namun bila difikirkan balik, mendalam maksud papan tanda itu sebab ia berkaitan dengan kehidupan. Bila dapat nikmat kita akan bersyukur, bila diberi ujian kita perlu bersabar,” katanya di Twitter.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai terhibur akan tulisan jawi di papan tanda itu dan merasa bangga kerana masih dapat membaca tulisan jawi yang kini jarang digunakan.

“Gigih saya baca, nasib baik masih boleh baca tulisan jawi,” ujar @nadhirahhamidun.

“Alhamdulillah, tak sia-sia masa belajar sarjana muda masih meneruskan legasi Jawi. Seronok daripada semester satu hingga semester tiga ambil jawi, belajar khat, anda yang dekat universiti nanti ada pilihan jawi ambil jelah,” kata @oneit_rai.

“Ini kalau tak sedap dia suruh tetaplah bersyukur,” jelas @kiekycomowt. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI