fbpx

Bekas eksekutif Majlis Pengakap Melaka nafi songlap RM63,400

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Danial diiringi pegawai SPRM di Mahkamah Sesyen Kompleks Ayer Keroh Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang bekas Penolong Setiausaha Eksekutif Majlis Pengangkap Negeri Melaka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 30 pertuduhan membabitkan pecah amanah bernilai RM63,400, tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Danial Osman, 32, membuat pengakuan itu sebaik sahaja 30 pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai Penolong Setiausaha Eksekutif Majlis Pengangkap Negeri Melaka telah dengan curangnya menyalahgunakan harta Persekutuan Pengangkap Malaysia Negeri Melaka iaitu wang tunai berjumlah keseluruhan RM63,400 demi kepentingan diri sendiri.

Wang tersebut merupakan bayaran sewaan untuk tiga premis milik persatuan itu. Tindakan tersebut dilakukan tertuduh antara 15 Oktober 2015 hingga 30 Januari 2018.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dan dengan sebat dan dikenakan denda mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Irwanshah Abdul Samat, mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI