fbpx

Banjir: Sektor pertanian di Johor rugi RM2.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang penduduk di Mersing menunjukkan tanaman pisang yang diusahakannya terjejas akibat banjir.

JOHOR BAHRU – Banjir yang melanda beberapa daerah di negeri ini sejak 31 Disember lalu telah menyebabkan kerugian melibatkan sektor pertanian sebanyak RM2.3 juta, setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Samsolbari Jamali berkata, sejak negeri ini dilanda banjir, pihaknya telah menerima sebanyak 368 aduan daripada pemain sektor berkenaan yang terdiri daripada petani, pekebun dan penternak.

“Pihak paling terkesan adalah petani yang mana kerugian dialami mereka melebihi RM1.26 juta,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.

Sejak Johor dilanda banjir, seramai lebih 5,000 mangsa daripada seluruh negeri terjejas sehingga terpaksa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka.

Tambah Samsolbari, daerah paling teruk terjejas dalam termasuklah Tangkak, Muar dan Segamat yang merupakan penyumbang kepada sektor pertanian negeri.

Beliau bagaimanapun memaklumkan bencana banjir yang berlaku di negeri ini tidak menjejaskan pengeluaran makanan dalam sektor berkenaan.

“Walaupun banjir telah menyebabkannya kerugian dan kerosakan, ia tidak akan menjejaskan harga jualan produk terlibat kerana bekalan masih terkawal ekoran pengeluaran dari daerah-daerah lain,” katanya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI