fbpx

Sunway buka hospital, pusat beli belah baharu di Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lakaran artis Pusat Perubatan Sunway Ipoh, yang dijadualkan untuk dibuka pada 2024.

Oleh LIYANA RAMLI

IPOH – Landskap pembangunan di Bandar Sunway di sini bakal berubah wajah apabila sebuah hospital swasta bertaraf antarabangsa dan pusat beli belah baharu akan dibina menjelang 2025.

Terletak di kawasan kehijauan di kelilingi bukit batu kapur berusia 260 juta tahun, ia akan memacu status bandar Ipoh sebagai hab pelancongan perubatan.

Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Jeffrey Cheah berkata, projek pembangunan mega Sunway yang berkeluasan 1,350 ekar (546 hektar) itu bakal menempatkan sebuah pusat perubatan tertiari bernilai RM350 juta.

Jelasnya, hospital berkapasiti 200 katil itu bakal dibuka pada 2024, selari dengan pertumbuhan populasi Ipoh.

“Ia mampu menunaikan peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan penjagaan perubatan tertiari melalui pusat kanser yang komprehensif serta tumpuan pada kesihatan wanita dan perubatan gaya hidup kesejahteraan,” katanya.

Jeffrey ketika ditemu bual pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perasmian projek pecah tanah kerja naik taraf sebahagian Jalan Tambun yang dilaksanakan secara usahasama antara kerajaan dan Kumpulan Sunway di sini hari ini.

Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Jeffrey berkata, pembinaan sebuah pusat beli-belah seluas 65,032 meter persegi dengan 2,700 parkir turut dijangka melonjakkan daya tarikan penduduk Ipoh dan pengunjung luar Bandar Sunway Ipoh.

“Pelaburan kumpulan yang bernilai RM2 billion pada beberapa tahun akan datang ini turut merangkumi Sunway Onsen Suites, sebuah suite residensi tiga blok yang mana jualannya telah pun mencapai lebih daripada 90 peratus.

“Ia manfaatkan ekosistem Bandar Sunway Ipoh selaku perbandaran resort bersepadu yang merangkumi hospitaliti, taman tema, komponen komersial dan rekreasi di lokasi strategik,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI