fbpx

Penganjur pertandingan tarian singa dikompaun RM1,000 langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan orang ramai berkumpul tanpa penjarakan fizikal ketika menyaksikan pertandingan itu.

SERDANG – Penganjur pertandingan tarian singa sempena Tahun Baru Cina di sebuah pusat beli-belah di Puchong, dekat sini dikenakan kompaun RM1,000 ekoran melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A Anbalagan berkata, pihaknya mengesan sebuah video tular di laman Facebook semalam memaparkan orang ramai berkumpul menyaksikan pertandingan itu.

“Dalam video itu memaparkan orang ramai berkumpul menyaksikan pertandingan tersebut dalam keadaan tiada penjarakan fizikal.

“Berikutan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Puchong telah ke lokasi berkenaan pukul 7.30 malam (semalam) untuk membuat pemeriksaan dan mendapati ramai pengunjung berkumpul tanpa penjarakan fizikal,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, semakan mendapati pihak penganjur mempunyai surat kelulusan permit sementara dari pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menganjurkan pertandingan berkenaan.

“Bagaimanapun kita tetap mengeluarkan kompaun RM1,000 kepada penganjur atas kesalahan melanggar SOP.

“Tindakan dilakukan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Pengawasan Tempatan Jangkitan) 2021,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI