fbpx

Nadir dedahkan pembunuh Imam Fadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dalam kejadian pada 21 April 2018, Fadi (kiri) maut ditembak oleh dua lelaki bermotosikal.

PETALING JAYA – Lelaki yang didakwa suspek utama kes pembunuhan imam dan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI), Dr. Fadi Mohammed Al Batsh di Kuala Lumpur pada 2018 merupakan seorang ejen daripada Agensi Perkhidmatan Rahsia Israel iaitu Mossad.

Perkara itu didedahkan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dalam hantaran terbaharunya di laman Telegram sebentar tadi.

Nadir berkata, lelaki tersebut bernama Husam Abdul Majid Muhammad Al-Astal dan dia dipercayai terlibat dengan agensi itu sejak 2016.

“Operasi dilakukan bersama seorang pengintip Me*** dan dua pengintip bukan Arab. Merupakan pegawai di dalam Mossad dan bekerja di beberapa tempat dan terlibat dalam beberapa operasi,” katanya hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan lelaki warga asing yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Fadi dikatakan telah berjaya ditangkap oleh pihak keselamatan Gaza semalam.

Menurut Nadir, pembunuh tersebut masuk ke Gaza dan menghubungi pihak penjajah untuk meminta duit dan perbualannya diintip pihak keselamatan Gaza dan kemudiannya ditangkap.

Dalam kejadian pada 21 April 2018, Fadi maut ditembak oleh dua lelaki bermotosikal yang melepaskan 10 tembakan di badan dan kepala mangsa sekitar pukul 6 pagi.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan ke Surau Medan Idaman, Setapak bagi menunaikan solat Subuh dan pembunuhan pensyarah warga Palestin itu dipercayai didalangi ejen Mossad. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI