fbpx
Tangkap layar hantaran dimuat naik oleh seorang mutawwif di Instagram miliknya.

Mutawwif, jemaah tak vaksin pergi umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Tindakan seorang mutawwif mengaku bahawa dirinya bersama jemaah tidak mengambil suntikan dos vaksinasi mengundang kecaman orang ramai.

Menerusi satu hantaran di Instagram milik mutawwif itu, dia mengaku dirinya tidak pernah divaksin serta mendakwa membawa bersama jemaah lain yang tidak divaksinasi.

“Saya mengaku tidak vaksin dan bawa orang yang tak vaksin ke Saudi sebab vaksin ni dah pupus.

“Ramai juga jemaah tak ambil pun vaksin ni, vaksin lain akan pupus dan tamat tempoh dan mata pencarian untuk mereka bergelar pakar,” katanya.

Rata-rata pengguna media sosial lain memberi pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Tak nak ambil vaksin tidak mengapa, tapi kalau dah sampai menipu camni, elok sangat ke? Ini bukan masalah kecil, jangan sebab sijil palsu, orang Malaysia susah nak pergi umrah lepas ini,” kata Ahmad Solihin.

“Jangan disebabkan perkara ini, rakyat Malaysia dilarang dari menunaikan haji,” kata Akhmal Zainudin.- K! ONLINE

POPULAR