fbpx

MR D.I.Y. jamin kekalkan harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MR DIY komited untuk mengekalkan harga barangan jualan sehingga penghujung Mac ini.

PETALING JAYA – Dalam persekitaran inflasi yang sema­kin meningkat, seterusnya membawa kepada peningkatan harga pelbagai barangan keperluan, peruncit perkakasan rumah terbesar di Malaysia, MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.) memberi jaminan harga jualan di kedainya tidak akan dinaikkan.

Ia menerusi inisiatif ‘Harga Dikunci: Harga Kami Tetap Sama’ yang dilancarkan syarikat baru-baru ini, menjanjikan pengekalan harga rendah di ketiga-tiga jenama kedainya, iaitu MR. D.I.Y., MR. TOY dan MR. DOLLAR sehingga 31 Mac 2022.

Ketua Pemasaran MR D.I.Y., Alex Goh berkata, pandemik telah menjejaskan rantaian nilai pemasaran global, menjadikan kos pembuatan, pengangkutan dan barangan runcit meningkat secara signifikan.

Jelasnya, ketika ramai peniaga memindahkan kenaikan kos kepada pembeli dengan menaikkan harga pasaran, MR D.I.Y. nekad memastikan harga barangan yang dijual di premisnya kekal stabil supaya pelanggannya tidak turut sama terkesan.

“Kami memanfaatkan hubu­ngan terus dengan kilang pengeluar, sistem logistik kami sedia ada dan keputusan data analitik untuk memastikan kami sentiasa memberikan yang terbaik buat pelanggan pada harga berpatutan.

“886 cawangan kami di seluruh negara serta saluran e-dagang kami turut membantu memastikan rakyat Malaysia memperoleh akses kepada tawaran ini.

“Dengan komitmen untuk tidak menaikkan harga barang, kami berharap dapat terus memberi kemudahan buat rakyat supaya mereka tidak terbeban ketika membeli barangan keperluan harian,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Alex menambah, pihaknya turut memastikan stok bara­ngan di setiap cawangan adalah mencukupi berdasarkan keperluan pelanggan di setiap kawasan termasuk barangan pembersihan bagi yang terjejas akibat insiden banjir, alatan persekolahan seiring dengan pembukaan sesi persekolahan bermula hari ini serta barangan keperluan mencegah jangkitan Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI