fbpx

Lima perkara suami perlu buat sekiranya mahu poligami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kaum lelaki perlu melakukan lima perkara sekiranya mahu berpoligami untuk meneruskan pelayaran rumah tangga dengan penuh kasih sayang dan kebahagiaan.

Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli berkata, si suami perlu melakukan lima perkara asas tersebut bagi mengelakkan berlaku perceraian yang biasanya melibatkan pasangan berusia antara 35 hingga 50 tahun yang mengamalkan poligami.

Katanya, perkara pertama yang perlu dilakukan si suami ialah menyediakan rumah berasingan bagi memenuhi hak setiap isteri.

“Seterusnya, suami harus beri wang nafkah yang cukup. Di dalam perintah poligami Mahkamah Syariah perlu dinyatakan terus berapa jumlah nafkah yang hendak diberi oleh suami kepada isteri sedia ada, bakal isteri dan anak-anak.

“Kemudian, suami perlu buat jadual bermalam. Jika mahu poligami, tidak adil sekiranya setiap malam hanya rumah isteri kedua. Nafkah batin ini wajib dan ia bukan tentang bersetubuh sahaja namun penjagaan hati dan kasih sayang juga sebahagian daripada nafkah batin,” katanya dalam satu perkongsian di laman Facebooknya semalam.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, setiap harta yang diperolehi semasa dalam tempoh perkahwinan dengan isteri sedia ada perlu diisyitiharkan sebagai harta sepencarian bersama. Harta sepencarian ni bukan sekadar sumbangan wang ringgit sahaja, sumbangan tak langsung isteri juga macam lahirkan anak pun boleh dikira sumbangan untuk dapatkan harta tersebut.

“Saya cukup tidak bersetuju kalau suami buat keputusan nak poligami namun nikah di sempadan Thailand atas alasan mengelak dari mahkamah atau tidak mahu isteri pertama tahu. Sekiranya mahu poligami, buat permohonan poligami di Mahkamah Tinggi Syariah dan nyatakan alasan serta kemampuan di situ,” kata Fahmi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI