fbpx
Tangkap layar hantaran seorang penjual yang telah mengiklankan keladi jenis Guinea 916 Gold yang berharga RM30,000.

Keladi 916 Gold hampir menyamai harga Perodua Axia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Harganya hampir menyamai sebuah kereta Perodua Axia.

Itu antara komen orang ramai apabila melihat satu hantaran mengenai jualan keladi di laman Facebook Kelab Keladi Malaysia.

Menerusi hantaran itu, penjual telah mengiklan keladi miliknya jenis Guinea 916 Gold yang berharga RM30,000.

Penjual itu turut meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya ada yang berminat.

Difahamkan, keladi tersebut adalah spesies yang jarang ditemui di negara ini dan harga induknya juga boleh mencecahkan ratusan ribu ringgit.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen telah meninggalkan pelbagai reaksi terhadap hantaran penjual terbabit.

“Cantiknya, biarla dia nak jual RM30,OOO, benda ‘rare’, susah nak jumpa kat mana-mana kebun, kat nurseri pun jarang jual,” tulis Aruna Irani.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi netizen dikenali sebagai Ahmad Kadir Harun.

“Harga keladi sekarang dan sama seperti harga sebuah Perodua Axia, tapi jika sudah minat ada yang sanggup beli,” tulisnya.

Pada masa sama, netizen turut menasihatkan orang ramai yang mula berjinak menanam keladi supaya memulakan dengan benih yang berharga murah dahulu.

“Kalau tak mampu jangan beli yang besar, beli la anak-anak dulu, insya-Allah mampu, pejam celik pejam celik sekejap sahaja sudah besar,” katanya.-K! ONLINE

POPULAR