fbpx
Gambar hiasan

Inisiatif elak penularan Omicron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan inisiatif bagi memastikan penularan Omicron tidak memberi kesan buruk kepada negara, termasuk kawalan lebih ketat di sempadan yang mula dilaksanakan ketika ini.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi mesyuarat berlangsung petang tadi telah memaklumkan mengenai trend penularan varian tersebut selain angka yang meningkat ketika ini.

Menurutnya, peningkatan tersebut tidak hanya melibatkan Malaysia malah, dilaporkan di negara-negara lain yang terjejas susulan penularan Omicron.

“Sebab itu dibentangkan juga tadi strategi dan cara menanganinya, saya tidak perlu jelaskan di sini kerana ada inisiatif yang sedang dibuat berdasarkan kepada kes yang dilihat sedang menular.

“Yang penting sistem kesihatan awam kita yang diketahui melalui tekanan pada masa Covid-19, mestilah ada cara untuk diperbaiki dan diteruskan. Kedua, kawalan sempadan dengan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang ketat yang dikenakan turut dijelaskan,” katanya pada sidang akhbar mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara di sini hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, MPN juga dimaklumkan berhubung tindakan penangguhan sementara lawatan mengerjakan umrah ketika ini susulan beberapa isu tertentu yang perlu ditangani KKM.

Ujarnya lagi, susulan itu, KKM sudah mengetahui langkah yang perlu dilakukan dalam usaha menangani penularan varian tersebut di negara ini.- K! ONLINE

POPULAR