fbpx

Sumbangan baju sekolah kurangkan beban keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Munir (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan pada program MBI Prihatin di premis Kedai Canggih Sutera Sdn.Bhd. di Ipoh semalam.

IPOH – Sesi persekolahan bagi 100 anak-anak kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) golongan B40 lebih ceria apabila menerima sumbangan sepasang pakaian sekolah menerusi program MBI Prihatin.

Setiausaha MBI, Ahmad Munir Ishak berkata, kali ini pihaknya berkerjasama dengan Kedai Canggih Sutera Sdn.Bhd., (Canggih Sutera) bagi melaksanakan sumbangan tersebut melibatkan kakitangan antuan kepada kakitangan pelbagai jabatan.

Menurut beliau, berdasarkan semakan pihaknya telah mengenal pasti 100 anak-anak kakitangan untuk dibantu bagi meringankan beban keluarga semasa permulaan sesi persekolahan.

“Setiap daripada mereka menerima sepasang pakaian sekolah dengan peruntukan sebanyak RM130 seorang melibatkan jumlah keseluruhannya sebanyak RM13,000.

“Kali ini kita tumpukan pada murid-murid sekolah rendah dan kemungkinan pada sumbangan akan datang, kita akan beri pula pada pelajar menengah,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Back To School Anak- Anak Kakitangan MBI di Kedai Canggih Sutera di sini semalam.

Program MBI Prihatin ini merupakan inisiatif daripada Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin bagi membantu golongan yang memerlukan yang dicetuskan semasa sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI