fbpx

SPRM sokong kepimpinan Azam Baki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki yang terpalit dengan isu pemilikan saham dalam beberapa buah syarikat.

Pendirian SPRM itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Seri Norazlan Mohd. Razali dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Junipah Wandi dalam satu kenyataan hari ini.

“Kami berpendirian bahawa tohmahan dan serangan yang dibuat adalah bermotifkan politik dendam bagi menjatuhkan imej dan kredibiliti SPRM.

“Kami menggesa agar semua pihak menghentikan kemelut ini dan membiarkan proses undang-undang berjalan secara adil, telus dan saksama,” katanya.

Pada masa sama, mereka berkata, pihaknya tetap bersatu hati dalam mempertahankan institusi Ketua Pesuruhjaya dan SPRM demi kelangsungan pencegahan rasuah di negara tercinta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI