fbpx

Pondok misteri di bulan rupanya batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rover Yutu-2 bulan lalu membuat penemuan objek misteri itu di sisi gelap bulan- Daily Star

BEIJING – Objek berbentuk seperti sebuah pondok misteri berbentuk kiub yang dirakam kenderaan rover angkasa milik China bulan lalu sebenarnya sebiji batu, lapor akhbar Daily Star semalam.

Rover Yutu-2 bulan lalu membuat penemuan objek misteri itu di sisi gelap bulan.

Namun, rover itu mengambil masa selama dua bulan untuk mendekati objek tersebut untuk mengetahui apa sebenarnya objek yang dikesan itu.

Para saintis China membangunkan strategi baharu untuk rover itu melintasi permukaan bulan dan menghampiri objek tersebut dengan lebih pantas.

Bagaimanapun, objek tersebut rupa-rupanya hanyalah sebiji batu lama biasa.

Menurut catatan blog tempatan iaitu Our Space, kiub itu dari jauh kelihatan setinggi bangunan Arc de Triomphe.

Tetapi apabila didekati oleh rover, ia ternyata sangat pendek malah pemandu tidak dapat mengelak daripada berasa sedikit kecewa. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI